Penyanyi Adira menafikan dakwaan kononnya kembali rujuk dengan bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red selepas Aidilfitri ini.
Terkejut dengan berita itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, memberitahu mungkin ada pihak salah faham dengan kenyataan bekas suaminya itu memandangkan dia seorang yang suka bergurau terutamanya ketika sesi siaran langsung di media sosial.
“Datuk Red jenis suka bergurau, dia juga suka main cakap sahaja dalam sesi ‘live’ ada orang bertanya sama ada sudah berkahwin balik, rujuk ke? Dia akan jawab sudah.
“Dia memang jenis begitu kalau orang yang kenal tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira daripada kami.
“Apa yang boleh saya cakap sekarang, saya selesa hidup seperti ini, saya tengah fokus nak besarkan empat orang anak dan cari rezeki, anak-anak saya ramai dan mereka sangat perlukan saya,” kata Adira kepada mStar. – Agensi
