Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ADNOC perluas fasiliti gas bernilai AS$3.6 bilion

    DUBAI, 9 OGOS – Syarikat Gas ADNOC Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan hari ini bahawa ia telah menganugerahi kontrak bernilai AS$3.6 bilion untuk memperluas infrastruktur pemprosesan gasnya, termasuk pelaksanaan fasiliti pemprosesan baharu.

    Kontrak itu telah diberikan kepada usahasama antara Syarikat Pembinaan Petroleum Kebangsaan UAE (NPCC) dan Tecnicas Reunidas, kontraktor am Sepanyol, menurut satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi, WAM.

    Menurut kenyataan tersebut, “Skop kontrak ini merangkumi pelaksanaan fasiliti pemprosesan gas baharu yang membolehkan bekalan yang lebih optimum ke Kompleks Perindustrian Ruwais” di wilayah barat Al Dhafra.

    Kontrak itu bertepatan dengan rancangan yang lebih besar ‘untuk meningkatkan pemerolehan gas dari padang gas sedia ada dan membangunkan sumber yang belum diterokai,’ kata kenyataan tersebut.

    Gas ADNOC, dianggarkan mempunyai rizab gas ketujuh terbesar di dunia, merupakan anak syarikat kepada syarikat gergasi tenaga negara, Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC).

    ADNOC, penjana pendapatan utama UAE, mengekalkan 90 peratus kepentingan dalam usahasama itu.

    Bulan lalu, gergasi tenaga itu berkata ia telah mempercepatkan matlamat pengurangan pelepasannya untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2045. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda