PARIS, 26 Dis – Jurulatih Dick Advocaat semalam dilantik menjadi jurulatih baru untuk pasukan tercorot Belanda Sparta Rotterdam, sebulan selepas meletak jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan Belanda.
Advocaat yang kini berusia 70 tahun akan memulakan tugasnya selepas cuti musim sejuk sehingga akhir musim ini, menurut kenyataan di laman sesawang rasmi kelab.
Dia menggantikan Alex Pastoor yang telah dipecat minggu lepas selepas dibelasah 7-0 oleh Feyenoord.
Advocaat sebelum ini pernah menjadi pengurus Glasgow Rangers, PSV Eindhoven dan Fenerbahce, meletak jawatan sebagai jurulatih kebangsaan Belanda pada 14 November lalu selepas memperolehi kemenangan 3-0 dalam perlawanan persahabatan menentang Romania.
Bekas pengurus Belanda gagal untuk membawa Belanda layak ke Piala Dunia 2018 selepas memgambil alih tugas sebagai pengurus Belanda pada Mei lalu dengan pasukan yang sudah terkapai-kapai dalam saingan kelayakan. – AFP
