BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Awang Aediesopian bin Haji Ismail daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara pertandingan Beyblade X King of Shark apabila berjaya menewaskan Awang Abdul Ghaniy daripada Pasukan DBos Beys (DB) dalam perlawanan akhir Beyblade X yang diadakan di Kampong Lambak.
Manakala di tempat ketiga disandang oleh Awang Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada JB setelah menewaskan Awang Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada JB sekali gus menduduki tempat keempat.
Bagi pemenang saguhati lapan teratas pula disandang oleh Awang Aediesopian, Awang Yusri bin Ramblee daripada DB dan Awang Mohammad Erwan Shah bin Haji Tengah daripada JB.
Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025 Pasukan JB melebarkan jurang dengan memperolehi 286 mata diikuti oleh DB dengan 218 mata kemudian Pasukan SA Bladerz 194 mata dan Pasukan Undergroundz X memperolehi 124 mata.
