Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aediesopian juara Beyblade X Terbuka 3 On 3 Attack Mode

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Aediesopian bin Haji Ismail daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara Pertandingan Beyblade X Terbuka 3 On 3 Attack Mode anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam selepas menewaskan Shahdany bin Haji Mohid daripada Pasukan Undergroundz X (UGX) dalam perlawanan akhir yang berlangsung baru-baru ini, di Teratak DBos, Kampung Panchor Mengkubau.

    Tempat ketiga dimenangi Abdul Waakeel bin Mohammad Nazib daripada Pasukan DBos Beys (DB) selepas berjaya menundukkan Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin daripada Pasukan Brothers Geng Bladers (BGB).

    Bagi senarai pemenang saguhati lapan teratas pula disandang oleh Abdul Ghaniy (DB), Mimi Nazuwan bin Ibrahim (JB) dan Julkarnain bin Haji Husin (BGB).

    Sementara itu, dalam pertandingan berasingan yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, Muhammad Akmal Yamin bin Muhammad Luqman (BGB) muncul juara Kejohanan Beyblade Terbuka anjuran pasukan tersebut selepas menewaskan Mimi Nazuwan bin Ibrahim (JB) di pentas akhir.

    Naib juara dimenangi Abdul Yazid bin Haji Jamaludin (DB), manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang Muhammad Akmal Yamin serta Mimi Nazuwan.

    Dalam perkembangan lain, Liga Beyblade Brunei Darussalam musim 2025–2026 menyaksikan DB mendahului carta dengan mengutip 32 mata, diikuti BGB (26 mata), JB (24 mata) dan UGX (lapan mata).

    Para pemain yang terlibat dalam Pertandingan Beyblade X Terbuka 3 On 3 Attack Mode bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda