BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Awang Aediesopian bin Haji Ismail dari Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara dalam pertandingan 3 on 3 Beyblade anjuran JB Tour yang diadakan di Kompleks Annajat, Kampung Beribi baru-baru ini.
Di samping itu, Awang Aediesopian juga berjaya merangkul tempat kedua, ketiga dan Top 8, manakala itu, Awang Muhammad Akmal Yamin bin Muhammad Luqman dari Santai Aja Bladerz (SA) menduduki di tempat keempat.
Hadiah sagu hati pula masing-masing disandang oleh Akmal dari SA, Haji Rosaimi dari Ghostbeys (GB) dan Junaidi dari Underground Beys (UG).
Dalam perebutan Liga Beyblade Brunei Darussalam bagi tahun 2023, JB masih mendahului dengan 62 mata diikuti oleh pasukan SA 35 mata, UG 29 mata, GB dengan lapan mata dan Beyblade Madness (BM) memperolehi enam mata.
