Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Setiap tahun, AEGIS Secure Solutions Sdn Bhd akan mengadakan penghantaran juadah berbuka puasa kepada pengawal-pengawal yang bertugas semasa waktu berbuka.
Menurut AEGIS Secure Solutions, usaha itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosialnya dan dasar keprihatinan mereka untuk menjaga kebajikan kakitangan mereka.
Jelas syarikat itu lagi, pihaknya akan memastikan pengawal keselamatan bertugas mengikut syif yang menunaikan ibadah puasa akan mempunyai akses kepada makanan dan air untuk berbuka tanpa perlu meninggalkan tempat bertugas mereka.
Bagi penghantaran makanan untuk 2019, sebanyak 71 pek makanan telah dihantar ke pelbagai kawasan di sekeliling Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait.
Makanan yang disediakan oleh Saffron Cafe Sdn Bhd itu memenuhi keperluan pemakanan sihat dengan menyajikan sekurang-kurangnya satu bahagian protein, sayur-sayuran, nasi dan air serta buah kurma.
AEGIS juga menyatakan bahawa kesemua eksekutif dan pegawai-pegawai syarikat berkenaan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam penghantaran makanan itu.
Turut serta dalam penghantaran makanan kepada pengawal keselamatan yang bertugas di kediaman pesuruhjaya tinggi British ialah Ketua Pegawai Eksekutif AEGIS Secure Solutions, Jorge Vega dan Pegawai Operasi, Alim Roslan.