Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aegis bertahlil di kubah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, seramai 15 orang pegawai dan kakitangan lelaki dari Aegis Secure Solutions Sdn Bhd (Aegis) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, baru-baru ini.

    Majlis diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Awang Rhyme Bakri yang antaranya merakamkan kesyukuran atas peluang mengendalikan majlis tahlil tahunan berkenaan di mana ia berfungsi sebagai satu peringatan bersama tentang kehidupan hanya sementara dan kepentingan untuk merenung kematian dan kehidupan di alam barzakh.

    Menerusi pelaksanaan kegiatan kerohanian pada bulan mulia ini, ia sememangnya masa yang sesuai untuk muhasabah diri, meningkatkan perpaduan, memupuk rasa belas kasihan dan keharmonian.

    Pada tahun ini, Aegis telah menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti untuk memupuk semangat kemasyarakatan dan persefahaman dalam kalangan pegawai dan kakitangan syarikat.

    Awang Rhyme Bakri bersama kakitangan Aegis semasa mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN AEGIS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda