Sunday, July 7, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Aegis, S3 salur sumbangan kepada yang memerlukan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Bagi mendapatkan keberkatan Aidiladha sambil berbagi rezeki bersama golongan pekerja yang memerlukan, warga Aegis dan S3 turut tidak ketinggalan dalam menyalurkan sumbangan mereka menerusi kutipan tabung derma pada tahun ini bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilahda 1445 Hijrah/2024 Masihi, baru-baru ini.

    Kutipan tabung tersebut bertujuan untuk memberikan sokongan kepada ahli keluarga para pekerja yang memerlukan sekali gus mendidik jiwa untuk sentiasa muhasabah diri dan bersyukur.

    Seluruh warga dan kakitangan berkenaan dialu-dialukan untuk menyumbang kepada tabung derma tersebut dalam pelbagai bentuk barangan sama ada makanan kering, pakaian, permainan dan keperluan rumah termasuk juga sumbangan berbentuk kewangan untuk membeli barangan runcit.

    Acara tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana para warga Aegis dan S3 berjaya mengumpulkan dan mengedarkan 15 pakej penjagaan untuk membantu rakan sekerja termasuk ahli keluarga mereka.

    Di samping itu, acara turut dijayakan oleh pasukan sukarelawan dengan melakukan pembungkusan dan pengagihan barangan sumbangan dengan penuh dedikasi sebelum menjelangnya Aidiladha.

    ATAS & BAWAH : Antara penerima sumbangan daripada kutipan tersebut. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...