Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aegis SS, S3 sumbang lebih 200 bungkusan makanan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Aegis

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Aegis Secure Solutions Sdn Bhd (Aegis SS) dan Sphere Secure Services Sdn Bhd (S3) telah mengadakan pelbagai aktiviti semasa bulan Ramadan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

    Penghantaran makanan sungkai kepada kakitangan operasi di Manned Secure Services Department dan Cash Secure Services Department telah dianjurkan setiap hari oleh Aegis SS dan S3 kepada kakitangan operasi yang berpuasa.

    Tahun ini sahaja, sebanyak 202 bungkusan makanan telah dihantar ke pos di seluruh negara.

    Di samping itu, syarikat tersebut untuk pertama kalinya menganjurkan Majlis Membaca Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja pada 15 April dengan dihadiri oleh seramai 34 kakitangan.

    Syarikat tersebut juga telah menghulurkan sumbangan untuk membantu kakitangan dan keluarga mereka yang memerlukan.

    Para pekerja Aegis SS dan S3 telah memberikan sumbangan wang tunai dan barangan seperti makanan dalam tin, beras, minyak masak, kad tambah nilai elektrik, dan sebagainya.

    Dana tersebut kemudian digunakan untuk membeli barangan keperluan harian dan disalurkan kepada enam pekerja yang dipilih atas pertimbangan komitmen mereka terhadap pekerjaan dan keluarga.

    Pengagihan barangan keperluan harian kepada salah seorang pekerja yang terpilih.
    Aegis SS COO, Awang Mohamad Rhyme bin Haji Bakri semasa menyerahkan makanan kepada Gropoint Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda