Tuesday, December 10, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AES, PetroVietnam meterai perjanjian LNG

    HANOI, 28 OKT – Firma tenaga Amerika Syarikat AES dan PetroVietnam merancang untuk menandatangani persetujuan projek gas asli cecair berjumlah AS$2.8 bilion, kata Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo hari ini.

    Pompeo membuat komen itu dalam ucapan yang dirakam awal semasa persidangan perniagaan yang dihoskan kedua-duanya secara maya dan bersemuka di Hanoi, bandar Vietnam.

    Arlington, Syarikat AES berpangkalan di Virginia dan rakan Vietnamnya telah meningkatkan usaha untuk membangun hab bagi mengimport LNG dari AS beberapa tahun lalu.

    Pompeo berkata Vietnam telah meluluskan projek itu, dan ia akan ‘membuka laluan kepada keuntungan bilion dolar setahun dalam pengeksportan LNG AS ke Vietnam. Ia adalah situasi menang-menang sebenar’. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda