AFCON bermula, Cameroon menang 2-1

YAOUNDE, 10 JAN – Vincent Aboubakar telah menjaringkan sepakan penalti untuk memberi pasukan tuan rumah Cameroon kemenangan 2-1 menentang Burkina Faso kelmarin di Yaounde apabila Piala Negara-Negara Afrika kini akhirnya berlangsung selepas pelbagai masalah timbul disebabkan koronavirus.

Sekumpulan kes positif COVID-19 dalam kalangan pasukan yang bersaing telah mencemar hari-hari menjelang kejohanan, manakala penganjur memilih untuk mengehadkan jumlah penonton pada 60 peratus kapasiti, atau 80 peratus apabila tuan rumah bermain.

Ia bagaimanapun tidak menjejaskan pasukan tuan rumah kerana mereka bangkit untuk mengalahkan naib juara Piala Negara-Negara 2013 di Stadium Olembe yang mempunyai 60,000 tempat duduk, di mana pertunjukan bunga api meraikan kemenangan, menerangi langit pada akhir perlawanan.

Burkina Faso juga menerima tamparan hebat semasa perlawanan apabila mendapati jurulatih Kamou Malo dan beberapa pemain telah disahkan positif koronavirus, yang tinggal hanyalah penolong jurulatih, Firmin Sanou untuk mengambil alih pasukan. – AFP

Aksi pemain penyerang Cameroon, Vincent Aboubakar (kiri) mengawal bola dan menjadi sasaran pemain pertahanan Burkina Faso, Steeve Yago perlawanan bola sepak AFCON kumpulan A di Stadium Olembe, 9 Januari. – AFP