Tuesday, October 1, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AfD akan mansuhkan sekatan terhadap Rusia

    MOSCOW, 30 SEPT – Jika parti Alternatif Jerman (AfD) menyertai kerajaan negara itu, ia akan memansuhkan sekatan anti-Rusia dan menghentikan tindakan agresi terhadap Rusia, bertindak demi kepentingan Jerman dan bukan kerana persahabatan dengan Kremlin, lapor Sputnik.

    Ahli AfD Bundestag, Steffen Kotre berkata kepada RIA Novosti dalam temu bual di luar Minggu Tenaga Rusia bahawa selepas pilihan raya persekutuan pada 2025, AfD mungkin menyertai kerajaan dalam satu pakatan dengan Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) – jika CDU tidak ‘membatasi’ AfD secara tidak demokratik.

    “Kami akan memansuhkan sekatan. Kami akan menghentikan tindakan agresi terhadap Rusia. Kami akan menyokong usaha untuk menormalkan hubungan. Akhir sekali, kami akan mengimport tenaga Rusia.” – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda