Saturday, May 3, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afdlin terkenang Harun Salim Bachik

    Pemergian pelawak Abam Bocey pada Isnin lalu masih memberi kesan kepada rakan selebriti. Pelakon Afdlin Shauki turut mengimbau kenangan bersama sahabatnya Allahyarham Harun Salim Bachik yang meninggal dunia pada 8 Mac 2015 dipercayai selepas mengalami sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak.

    Afdlin menerusi laman sosialnya berkata, dia tidak akan lupa pengorbanan arwah sahabatnya itu dalam memperjuangkan dunia komedi.

    “Zaman kita dulu orang tak pandang pelawak ni. Sekadar selingan saja tapi oleh sebab orang macam arwah Harun Salim Bachik, Din Beramboi, Mr Os dan ramai lagi generasi pelawak sebelum ini, adik-adik pelawak kita hidup dalam dunia berbeza.

    “Kerja menghiburkan hati orang dengan lawak jenaka ini boleh mengubah nasib mereka dan keluarga sehingga menjadi seseorang yang dihormati.

    “Al Fatihah buat pelawak-pelawak yang sudah pergi kerana sumbangan mereka,” tulisnya pada Selasa lalu.

    Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen netizen yang turut sebak dan mengucapkan terima kasih kepada golongan pelawak yang menghiburkan mereka.

    Sebelum itu, Afdlin meluahkan rasa sedih dengan berita kehilangan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada usia 32 tahun pada pagi Isnin selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.

    “Ya Allah kau jagalah adikku dan tempatkan roh adikku bersama roh orang-orang beriman. Syukur kerana beri peluang untuk aku berjumpa dengan orang yang sebaik Abam. – Agensi

    Pemergian Abam memberikan kesan kepada Afdlin Shauki yang mengimbau kenangan bersama sahabatnya Allahyarham Harun Salim Bachik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda