Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AFF Futsal: Brunei tewas di tangan Indonesia

    Oleh Fadhil Yunus

    BANGKOK, 3 APRIL – Pasukan futsal Negara Brunei Darussalam meneruskan kempen mereka dalam Kejohanan Futsal Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dengan kekalahan teruk 12-0 kepada Indonesia dalam kumpulan A di Stadium Tertutup Huamark, hari ini.

    Pasukan negara hampir mencatat gol selepas cubaan-cubaan terkena tiang dan palang di kedua-dua belah separuh masa menerusi Awang Zairul Hazmin Saifuddin dan ketua pasukan, Awang Azizam bin Roslan.

    Pemain penyerang Brunei, Awangku Muhd Naqib bin Pengiran Timbang, pemain terakhir menjaringkan gol untuk negara menentang Timor Leste pada 2018 memaksa penjaga gol Indonesia, Muhd Albagir melakukan penyelamatan.

    Bagaimanapun, pasukan Indonesia menghantar peringatan segera dengan ancaman mereka yang tidak henti-henti selepas penyerang Holypaul Septinus Soumilena melepaskan rembatan kencang, menewaskan penjaga gol Brunei, Muhd Nabil bin Haji Maidin.

    Indonesia menggandakan gol di hadapan beberapa saat kemudian melalui set-piece apabila Holypaul Septinus dengan mudah menjaringkan gol yang kedua dalam perlawanan tersebut.

    Aksi pemain Brunei dan Indonesia merebut bola dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Tertutup Huamark. – Gambar serahan FABD
    Anggota Pasukan futsal Negara Brunei Darussalam semasa kempen mereka dalam Kejohanan Futsal Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022. – Gambar serahan FABD

    Gol ketiga Indonesia dihasilkan dengan bercirikan unsur permainan bijak dan membuat keputusan yang teliti.

    Penyerang Indonesia, Rio Pangestu Putera mempunyai pilihan di bahagian sayap tetapi memilih untuk pergi bersendirian.

    Walaupun gol penyudahnya ringkas namun, cara dia menggunakan ruang yang membolehkannya melihat ke arah gawang tanpa halangan.

    Semasa dia menyerang dengan bola, rakan sepasukannya Syauqi Saud yang baru diturunkan ke gelanggang membuat larian bertindih dan menarik perhatian Abdul Malik bin Yunus yang pada mulanya mengawal Rio Pangestu.

    Semasa perlawanan tersebut, Syauqi berlari dengan laju seketika mengelirukan pihak lawan apabila dia dilihat berpaling daripada Rio Pengestu, yang mana membuatkan pemain Indonesia berkenaan membuat satu langkah yang tegas sebelum menjaringkan gol.

    Penjaga gol Indonesia Muhammad Albagir membuat hantaran tepat kepada Dewa Rizki Amanda yang menampan bola sebelum diserahkan kepada kapten Sunny Rizky Suhendra untuk penyudah mudah. Brunei bolos daripada set-piece apabila Syauqi Saud dibiarkan terbuka luas tanpa dikawal dan menghukum pertahanan tersebut dengan penyudah yang kemas.

    Pasukan Tebuan mempunyai peluang untuk mendapatkan gol pertama mereka dalam kejohanan tersebut tetapi cubaan Awang Zairul Hasmin Saifuddin malangnya terkena tiang. Dengan pasukan yang memiliki individu-individu yang mempunyai kualiti menggelecek, penyerang Indonesia, Ardiansyah menunjukkan kebolehannya sebelum melepaskan rembatan yang tidak dapat dihalang melepasi Muhammad Nabil.

    Masih ada masa untuk Indonesia menambah koleksi mereka sebelum separuh masa pertama hampir tamat apabila Syauqi dengan mudah melambung bola ke dalam gawang.

    Pasukan Garuda menyambung di mana mereka berhenti pada awal separuh masa kedua walaupun terdapat unsur tuah terlibat apabila Ardiansyah Nur menjaringkan gol hasil lantunan selepas cubaan Holypaul Septinus terkena tiang.

    Separuh masa kedua menyaksikan Brunei kelihatan lebih berani dalam serangan mereka apabila Azizam melihat rembatannya secara tidak sengaja merempuh palang dari sudut tajam.

    Dewa Rizki Amanda menyertai aksi itu dengan penyudah kemas untuk menambah bantuan awal sebelum kembali mengganas menjejaskan pertahanan Brunei dengan usaha klinikal.

    Dengan hanya seorang pemain pertahanan Brunei yang memisahkan antara Ardiansyah dan Syauqi, kedua-dua pemain itu bertukar hantaran bola satu-dua yang kemas dengan Ardiansyah menggunakan penyudah rutin untuk menjadikan catatan gol dua angka untuk Indonesia.

    Pada petang yang panjang dan memenatkan, pemain tengah Brunei Khalil Saab menjadi pemain ketiga yang menjaringkan gol sendiri dalam pertandingan itu pada minit akhir pertembungan.

    Sementara itu, perlawanan Kumpulan A yang lain menyaksikan juara bertahan Thailand mengukuhkan cengkaman mereka di tangga teratas liga berikutan menewaskan Kemboja 16-0. Pasukan Tebuan akan menentang Kemboja pada 4 April sebelum menamatkan kempen mereka menentang Malaysia pada 5 April.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda