Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afgan kembali temui peminat Malaysia Disember ini

    “Makna Retrospektif bagi saya adalah momen untuk melihat kembali apa yang sudah terjadi di masa lalu, menjadikannya bahan pelajaran untuk terus berkembang sebagai manusia yang lebih baik.

    “Album baharu ini benar-benar mewakili idea itu. Saya melihat kembali perjalanan hidup saya beberapa bulan terakhir, belajar daripada peningkatan yang terjadi, dan akhirnya lahirlah album ini,” katanya, lapor mStar.

    Berkongsi lanjut, Afgan memaklumkan album Retrospektif ini membawa nilai sentimental kerana ia merupakan album penuh berbahasa Indonesia pertama yang dilancarkannya selepas tujuh tahun.

    “Album ini ibaratnya saya kembali ke genre yang telah membesarkan nama saya, iaitu Indonesian Pop.

    “Sudah lama saya tidak menghasilkan karya seperti ini. Jadi, Retrospektif terasa sangat tepat sebagai judul dan sebagai sebuah titik balik dalam kerjaya saya,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Afgan turut mengulas mengenai lokasi persembahan di Malaysia yang sudah dianggap sebagai rumah keduanya.

    “Selain di Indonesia, Malaysia memang sangat istimewa buat saya. Sokongan peminat di sini luar biasa dan saya ingin mereka turut merasai perjalanan baharu saya melalui album ini. Itu sebabnya saya mahu mengadakan showcase di Malaysia. Saya sangat teruja untuk berkongsi lagu-lagu baharu secara langsung buat kali pertama di sini,” katanya.

    Sementara itu, penganjur Retrospektif Showcase Afgan iaitu Renjana Idea, turut meluahkan rasa bangga dapat membawa Afgan kembali ke pentas Malaysia. – Agensi

    Afgan muncul dengan album baharu berjudul Retrospektif. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda