Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Afghanistan digegarkan lagi

    KABUL, 24 JUN – Lima orang maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam satu lagi gempa bumi yang melanda wilayah Paktika, di timur Afghanistan pada Jumaat, kata  jurucakap Kementerian Kesihatan Afghanistan, Sharafat Zaman, lapor Sputnik.

    Gempa bumi berukuran 4.3 pada skala Richter itu berlaku pada 01:43 GMT dengan kedalaman 10 kilometer (km). 

    “Malangnya, kami sekali lagi mendapat berita buruk dari Paktika. Hari ini berlaku satu lagi gempa bumi di wilayah Gayan,” kata Zaman.

    Pada Rabu, gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda timur Afghanistan, menyebabkan lebih 1,000 terbunuh dan 1,500 yang lain cedera menyaksikan wilayah Paktika dan Khost antara kawasan paling teruk terjejas. – Bernama

    Seorang lelaki berdiri di atas runtuhan bangunan akibat gempa bumi di wilayah Paktika, Afghanistan, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...