Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afghanistan pelawa wanita sertai tentera

    KABUL, 27 Jan – Afghanistan telah mengumumkan inisiatif baru untuk membawa lebih ramai wanita menceburi bidang tentera, beberapa minggu selepas juruterbang wanita pertama negara itu mencetuskan perdebatan kebangsaan mengenai ketidakselamatan dan hak asasi wanita dengan mencari perlindungan di Amerika Syarikat (AS).

    Kementerian pertahanan ingin merangsang jumlah wanita dalam tentera kepada 10 peratus, kata jurucakap timbalan kementerian, Mohammad Radmanesh memberitahu AFP hari ini, mengesahkan beberapa insentif termasuk skala gaji khas bagi rekrut wanita.

    “Para peringkat ini, kami mempunyai seramai 1,575 wanita Afghanistan dalam askar biasa, ia cuma tiga hingga empat peratus yang bukannya apa-apa,” kata Radmanesh. “Kami berhasrat untuk menaikkan peratus ini kepada 10 peratus.”

    Selepas 15 tahun berakhirnya rejim Taliban, kesaksamaan gender masih lagi impian jauh di Afghanistan meskipun dikatakan menunjukkan kemajuan.

    Pada Disember, Niloofar Rahmani, seorang juruterbang berusia 25 tahun meluasnya diagungkan sebagai ‘Afghan Top Gun’, mengumumkan dia mencari perlindungan di AS, memetik kebimbangan bagi keselamatannya dan mencetuskan perdebatan kebangsaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda