KABUL, 29 Mac – Dua puluh anggota militan Taliban telah terbunuh manakala 13 lagi cedera dalam satu operasi oleh tentera kerajaan di wilayah Ghazni, yang terletak di timur Afghanistan.
Mereka terbunuh dalam operasi pembersihan lewat kelamrin di beberapa kampung iaitu Khani Baba, Zaray dan Dalil yang terletak dalam daerah Andar, kata jurucakap gabenor wilayah itu, Arif Nuri, kepada agensi berita China Xinhua hari ini.
Dua anggota keselamatan turut terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam operasi itu.
Kumpulan militan Taliban belum mengulas laporan berhubung perkara itu. – Bernama