Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afghanistan tuan rumah persidangan tangani keganasan

    KABUL, Afghanistan, 13 Feb – Ibu kota Afghanistan menjadi tuan rumah ketua tentera dari beberapa negara jiran, termasuk ketua tentera Pakistan, Jeneral Qamar Javed Bajwa, untuk mengadakan persidangan mengenai bagaimana untuk menangani keganasan di rantau ini.

    Para ketua tentera juga akan melihat perdagangan narkotik yang berkembang di rantau ini ketika Afghanistan mencatat tahap rekod pengeluaran popi.

    Afghanistan adalah pengeluar opium terbesar di dunia, bahan mentah yang digunakan untuk membuat heroin.

    Pertemuan hari ini di Kabul juga akan melibatkan wakil daripada Amerika Syarikat (AS) dan NATO.

    Jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan Daulat Waziri berkata ketua tentera dari Uzbekistan dan Kazakhstan turut menghadiri persidangan itu.

    Kehadiran Bajwa sangat penting kerana kedua-dua pegawai Afghanistan dan AS bakal menumpukan tekanan ke atas Pakistan untuk menghapuskan tempat perlindungan Taliban di kawasan tanahnya. Islamabad menafikan dakwaan bahawa ia menyerang militan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda