Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afifah Nasir bakal timang cahaya mata pertama

    Pelakon Afifah Nasir menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan berita paling bermakna apabila dia kini sedang mengandungkan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Syed Hariz.

    Afifah atau nama penuhnya Nur Afifah Md Nasir, 32, berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran Instagram dengan memuat naik foto imbasan kandungan dan momen romantik mereka di atas bot persiaran.

    “Setahun lalu, hanya kami berdua menyulam kisah cinta, helaian demi helaian.

    “Kini, sebuah bab baharu bermula apabila hadirnya satu degupan kecil dalam rahimku.
    “Anugerah kecil ini, terhasil daripada cinta yang tulus,” tulisnya.

    Pelakon Dulu Dollah Daebak itu menyimpan rahsia kehamilan tersebut selama beberapa bulan sebelum memilih ulang tahun perkahwinan mereka, 5 Mei, sebagai detik paling sesuai untuk berkongsi khabar bahagia.

    Genap setahun berkahwin, Afifah Nasir mengumumkan dia kini menimang cahaya mata pertama. – Kosmo

    “Selepas beberapa bulan menyimpannya sebagai rahsia kami, saya gembira untuk berkongsi berita ini dengan kalian semua,” kenyataannya kepada Kosmo.

    Wajah bahagia pasangan itu jelas terpancar apabila mereka berpelukan sambil menghadap laut luas, melambangkan kebahagiaan luar biasa yang sedang mereka nikmati.

    Meskipun tidak mendedahkan usia kandungan, peminat serta rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa.

    “Semoga kehamilan ini dipermudahkan sampai ke akhir,” kata seorang peminat.

    “Alhamdulillah, bahagia tengok pasangan ini. Moga dikurniakan anak soleh atau solehah,” tulis pelakon Intan Najuwa.

    “Hadiah terindah bila hamil kan? Perasaan bakal menjadi ibu pasti membuak-buak,” komen daripada pengguna media sosial.

    Sebagai rekod, Afifah dan Hariz sudah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei tahun lalu, selepas tiga bulan mereka mengikat tali pertunangan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda