Wednesday, November 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afiqah bawa pulang gangsa

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Kontinjen dari Brunei, Afiqah binti Haji Hanapi baru-baru ini berjaya meraih tempat ketiga di podium dalam pertandingan Spartan di Gamuda Cove, Selangor, Kuala Lumpur (KL) pada 28 dan 29 Oktober yang lalu.

    Perlumbaan Spartan di KL itu merupakan sebahagian daripada acara Trifecta Weekend dan beliau berjaya mendapat pingat gangsa dengan mencatat masa 3:21:09 saat dalam acara Beast 21 kilometer (km).

    “Acara tersebut dihadiri lebih 6,000 peserta dari 30 negara, dengan Brunei menjadi negara kedua dengan peserta paling ramai bertanding di belakang Malaysia. Ramai peserta telah menamatkan perlumbaan dan menerima pingat Trifecta Weekend KL,” jelasnya.

    Dia juga menambah bahawa ini adalah kali pertamanya bersaing dalam perlumbaan yang sukar tetapi berbaloi dan sebelum ini dia telah menyertai perlumbaan Spartan sejak tahun 2022.

    “Saya berasa bersyukur atas kemenangan ini dan ianya tidak mungkin berlaku tanpa sesi latihan bersama rakan-rakan dan jurulatih. Saya juga berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan, terutamanya Adibah Mohamed yang memperkenalkan saya kepada perlumbaan Spartan.” katanya.

    Dia menyimpulkan bahawa menamatkan perlumbaan itu sendiri telah membawa rasa kemenangan dan pencapaian yang lebih besar untuknya.

    Afiqah (kanan) bersama pemenang lain selepas menerima pingat mereka. – GAMBAR SERAHAN AFIQAH BINTI HAJI HANAPI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda