Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afrika S keluarkan amaran ke Madagascar

    CAPE TOWN, 13 Okt – Afrika Selatan kelmarin memberi amaran kepada warga Afrika Selatan yang melakukan perjalanan ke Madagascar berikutan wabak penyakit di negara itu.

    Pelancong Afrika Selatan ke Madagascar dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan yang sangat banyak penduduk, dan memakai topeng semasa dalam transit, kata Jabatan Kesihatan.

    Perkara ini ditegaskan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 449 kes wabak di Madagascar dengan 48 kematian. Wabak itu berlaku di pertengahan tengah pulau, sekitar Antananarivo dan Wilayah Toamasina di pantai timur.

    Para anggota bersedia untuk memulakan operasi pembersihan di pasar Anosibe di daerah Anosibe, salah satu daerah Antananarivo yang paling terjejas pada 10 Oktober 2017. Afrika Selatan kelmarin memberi amaran kepada warga Afrika Selatan yang melakukan perjalanan ke Madagascar berikutan wabah penyakit di negara itu. – AFP

    Terdapat kebimbangan antarabangsa mengenai jangkitan bakteria selepas seorang pemain bola keranjang Afrika Selatan, yang sedang menghadiri Kejuaraan Kelab India, menghidapi wabak tersebut semasa berada di situ. Pemain bola keranjang itu berjaya dirawat di Madagascar dan telah kembali ke Afrika Selatan.

    Untuk mengelakkan pengimportan wabak ke Afrika Selatan, Jabatan Kesihatan telah memaklumkan kepada semua syarikat penerbangan untuk tetap waspada terhadap penumpang yang disyaki sakit.

    Sementara itu, pegawai kesihatan pelabuhan telah meningkatkan langkah pemeriksaan mereka untuk mengesan penumpang yang sakit tiba di Afrika Selatan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda