CAPE TOWN, 1 Nov – Kerajaan Afrika Selatan hari ini menyambut baik keputusan menyambut baik keputusan kerajaan Sudan Selatan untuk membebaskan bekas kolonel pertahanan Afrika Selatan (SADF), William Endley.
Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir mengumumkan keputusan untuk membebaskan Endley kelmarin sebagai tanda perdamaian semasa Sambutan Perdamaian Kebangsaan yang diadakan di bandar Juba.
Endley dijatuhi hukuman mati pada 12 Februari 2018 kerana mengintip dan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Sudan Selatan.
Menteri Perhubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Lindiwe Sisulu berterima kasih kepada Kiir atas keputusannya membebaskan Endley.
“Kami menyeru kepada semua rakyat Afrika Selatan yang bekerja di luar negara untuk menghormati dan mematuhi undang-undang di negara di mana mereka berkhidmat,” kata Sisulu.
Kiir mengumumkan kelmarin, beliau akan membebaskan Endley hari ini dan menghantarnya balik ke Afrika Selatan.
Endley, penasihat pemimpin pemberontak Sudan Selatan, Riek Machar, dituduh membantu Machar dari segi ketenteraan. Endley telah dipenjarakan di Sudan Selatan lebih dua tahun.
Sudan Selatan merdeka dari Sudan pada 2011 tetapi dicemari dengan perang saudara pada 2013 selepas Kiir menuduh Machar merancang untuk rampasan kuasa. – Xinhua