Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afrika Selatan tahan 1,000 pekerja lombong haram

    JOHANNESBURG, 3 OGOS – Polis Afrika Selatan pada Jumaat telah memaklumkan kira-kira 1,000 pendatang tanpa dokumen telah ditahan kerana bekerja di sebuah lombong emas haram di timur laut negara itu.

    Jurucakap polis bagi wilayah Mpumalanga, tempat operasi selama seminggu itu dijalankan, memberitahu AFP, lebih banyak tangkapan mungkin berlaku kerana masih terdapat pelombong haram yang berada di bawah tanah.

    “Apabila mereka keluar, mereka terus ditahan,” kata jurucakap, Donald Mdhluli.

    Operasi polis yang bermula pada Isnin itu telah menyasarkan aktiviti perlombongan haram berhampiran kawasan Barberton, berdekatan dengan sempadan Eswatini dan Mozambique.

    “Kira-kira 1,000 pelombong haram yang juga merupakan pendatang tanpa izin telah ditahan,” kata Mdhluli, sambil menyatakan, operasi tersebut dijalankan secara bersama antara pihak keselamatan lombong dan polis. – AFP

    Para pelombong warga asing yang tidak memiliki dokumen sah telah ditahan di Afrika Selatan, pada 1 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda