Monday, April 28, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AFSA adakan sambutan Hari Raya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Persatuan Aftercare Support Association (AFSA) turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di penghujung Syawal dalam majlis sambutan yang berlangsung di Pejabat AFSA, Jalan Kebangsaan kelmarin.

    Majlis itu dihasratkan untuk menyantuni Rakan Seliaan (RS) dalam sama-sama menyambut, mensyukuri, memeriahkan bulan Syawal serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan keluarga dan sahabat handai.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Penasihat AFSA, Dato Jack Ting; Pemangku Pengarah Penjara, Jabatan Penjara, Awang Mohd Bahrin bin Haji Mohd Yassin; Yang DiPertua AFSA, Hajah Juhana binti Mohd Jaya; rakan-rakan strategik AFSA, ahli-ahli AFSA dan RS serta ahli-ahli keluarga yang terlibat.

    Majlis berkenaan telah dimeriahkan dengan lagu-lagu Hari Raya yang dipersembahkan oleh ahli-ahli RS dan rakan-rakan strategik AFSA serta majlis penyerahan sampul raya dan barang-barang asasi kepada RS dan keluarga mereka.

    Menurut Setiausaha AFSA, Haji Mahali bin Haji Hassan menyatakan bahawa majlis berkenaan sangat memberi kesan yang mendalam kepada sanubari RS dan keluarga atas sifat pemedulian serta sokongan padu dari Persatuan AFSA.

    Beliau turut menyatakan harapan supaya Persatuan AFSA bersama rakan-rakan strategik yang lain akan terus memberikan sokongan dan komitmen yang berterusan dalam usaha menyantuni dan membantu RS.

    Dato Jack Ting dan jemputan khas yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya berkenaan.
    Antara persembahan nyanyian lagu hari raya yang memeriahkan lagi majlis sambutan.
    Antara yang hadir di majlis berkenaan.
    Dato Jack Ting menyampaikan sampul raya semasa majlis sambutan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN AFSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda