Friday, October 11, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    AFSA anjur kempen tanam pokok buah bersama RS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Sebagai usaha berterusan untuk mencantikkan persekitaran dengan tanaman tumbuhan hijau serta melibatkan Rakan Seliaan (RS) dalam aktiviti persatuan, Persatuan Aftercare Support Association (AFSA) mengadakan Kempen Menanam Pokok Buah-buahan di kawasan Banglo AFSA, hari ini.

    Hadir semasa kempen berkenaan ialah penasihat-penasihat AFSA, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Dato Jack Ting; Yang Dipertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya; Timbalan Yang Dipertua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri serta ahli jawatankuasa tadbir AFSA dan RS.

    Selepas penanaman pokok buah-buahan berkenaan, penasihat-penasihat AFSA telah dibawa untuk melawat projek penanaman sayur-sayuran di Rumah Hijau AFSA dan Bengkel Pertukangan Tangan AFSA.

    Setiausaha AFSA, Haji Mahali bin Haji Hassan ketika mengulas mengenai kempen berkenaan menyatakan bahawa kempen itu dapat mengintegrasikan penyertaan para ahli RS dalam melaksanakan aktiviti yang dikendalikan oleh pihak AFSA melalui komitmen dan kerjasama padu yang dipamerkan dalam rancangan serta aktiviti yang dikendalikan.

    Selain daripada mencantikkan persekitaran banglo berkenaan, kempen itu juga dihasratkan untuk melibatkan penyertaan ahli RS dalam aktiviti yang dikendalikan oleh AFSA dengan hasil buah-buahan yang akan dijual di pasaran untuk menambahkan pendapatan AFSA serta RS.

    Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan, Dato Jack Ting dan Hajah Juhana yang menghadiri dan menyertai kempen berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN AFSA

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda