Khamis, November 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    AFSA hulur bantuan makanan kepada rakan seliaan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Dalam usaha berterusan membantu dan menyantuni Rakan Seliaan (RS), Persatuan Aftercare Support Association (AFSA) telah menghulurkan bantuan keperluan makanan asasi kepada Hajah Wardati binti Haji Yusof, Rakan Seliaan (RS) dan keluarganya, kelmarin.

    Bantuan berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Yang DiPetua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri di Ibu Pejabat AFSA di Jalan Kebangsaan.

    Turut hadir pada majlis penyampaian bantuan berkenaan ialah Setiausaha Agung AFSA, Haji Mahali bin Haji Hassan.

    Hajah Wardati menzahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada pihak AFSA atas bantuan yang dihulurkan kepadanya serta keluarga.

    Haji Mustapa menyampaikan bantuan kepada Hajah Wardati di Ibu Pejabat AFSA, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN AFSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda