Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AFSA, RS kukuhkan kerjasama

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Aftercare Support Association (AFSA) telah mengadakan sesi perjumpaan dan perbincangan bersama Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan untuk membincangkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan bagi Rakan Seliaan (RS), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan daripada AFSA, perjumpaan itu bertujuan untuk memberigakan peranan dan tanggungjawab AFSA bagi membantu RS, saling bertukar idea dan seterusnya bekerjasama di antara kedua-dua belah pihak.

    Hadir semasa perjumpaan berkenaan ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Awang Norhisham bin Haji Mohd Saini bersama beberapa orang pegawai Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.

    Sementara itu, pihak AFSA telah diketuai oleh Yang Di-Pertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya dan beberapa ahli AFSA.

    Menurut Awang Norhisham, pihaknya sedia memberikan bantuan kepada pihak AFSA khususnya RS dengan menyediakan petak dan bangku gerai untuk peniaga seperti di musim perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, gerai bulan Ramadan, semasa Bandarku Ceria dan acara-acara yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Bandaran.

    Timbalan Yang Di-Pertua AFSA, Awang Haji Mustapa bin Haji Masri menyatakan bahawa perjumpaan itu membuahkan pandangan dan kesepakatan yang sangat positif bagi kedua-dua belah pihak untuk sama-sama membantu RS.

    Beliau turut berkata bahawa Jabatan Bandaran bersedia memberikan bantuan dan pertolongan kepada pihak AFSA bagi sama-sama menyantuni RS berkenaan.

    Pihak AFSA juga mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Bandaran kerana peka dan berganding bahu dalam sama- sama memeduli, mengalinga dan menyantuni isu-isu RS berkenaan.

    Gambar ramai antara rombongan AFSA dan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan semasa sesi perjumpaan dan perbincangan itu. – GAMBAR SERAHAN AFSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda