Oleh Salawati Haji Yahya
TUTONG, 19 JUN – Aftercare Supportive Association (AFSA) telah menyerahkan bantuan berupa peralatan memancing ikan kepada Pengiran Zamalluddin bin Pengiran Kamaluddin, baru-baru ini.
Majlis penyerahan bantuan yang berlangsung di kediaman penerima bantuan itu telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya.
Turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan ialah ketua Pusat Reintegrasi dan pegawai-pegawainya.
Bantuan tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat AFSA bagi membantu mereka menjalani kehidupan seharian mereka.