Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AFSA terima kunjungan kontinjen penjara Malaysia, Indonesia

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Aftercare Support Association (AFSA) telah menerima kunjungan muhibah daripada kontinjen penjara Malaysia dan Indonesia yang berlangsung di Ibu Pejabat AFSA di Jalan Kebangsaan, kelmarin.

    Kontinjen Penjara Malaysia seramai 10 orang diketuai oleh Mohammad Khalid bin Naim manakala Kontinjen Penjara Indonesia melibatkan tujuh orang diketuai oleh Rindra Wardhama.

    Kedua-dua kontinjen sedang menghadiri acara perlawanan Prison FixX Challenge Iron Will, sempena penubuhan Jabatan Penjara Brunei ke-71 tahun 2025.

    Kehadiran rombongan telah disambut oleh Yang Di-Pertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Muhd Jaya; Timbalan Yang Di-Pertua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri; Setiausaha Agung AFSA, Haji Mahali bin Haji Hassan, Jawatankuasa Tadbir AFSA serta Rakan Seliaan (RS).

    AFSA bergambar-ramai dengan kontinjen Penjara Malaysia.
    AFSA bergambar ramai dengan kontinjen Penjara Indonesia.

    Kunjungan itu bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ketiga-tiga agensi, meninjau perkembangan dan kemajuan AFSA bagi menyantuni RS serta melihat dengan lebih dekat program dan aktiviti RS yang disediakan dan dikendalikan oleh AFSA.

    Rombongan telah diberikan taklimat ringkas oleh Hajah Juana mengenai perkembangan, kemajuan, program dan aktiviti AFSA bagi membantu RS.

    Setelah itu sesi soal jawab juga diadakan diiringi ucapan balas daripada kontinjen penjara Malaysia dan Indonesia, penyerahan cenderamata dan lawatan sekitar program dan aktiviti AFSA.

    Para ahli kontinjen diberikan penerangan dan taklimat mengenai perkembangan, program dan aktiviti AFSA dalam membantu RS. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN AFSA

    Menurut Haji Mustapa, setelah sesi taklimat dan soal jawab, kontinjen berpeluang mengadakan lawatan ke beberapa aktiviti AFSA dan telah menghasilkan maklum balas yang sangat positif daripada mereka mengenai perkembangan, kemajuan dan pencapaian AFSA.

    Beliau berkata lawatan itu merupakan salah satu lagi motivasi bagi ahli AFSA supaya terus berusaha meningkatkan lagi tatacara pemedulian dan kualiti perkhidmatan kepada RS.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs