Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AG M’sia-S’pura perlu dilibatkan untuk selesai isu Batu Puteh

    SINGAPURA, 30  OKT – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung peguam negara (AG) Malaysia dan Singapura dalam rundingan.

    “Malaysia dan Singapura wajar membuktikan bagaimana dua rakan hebat boleh mencuba dan menyelesaikannya dalam situasi menang-menang,” katanya pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini.

    Kedua-dua perdana menteri itu bertemu di Singapura hari ini untuk sesi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 yang pertama sejak pandemik COVID-19.

    Anwar berkata usaha itu perlu dilakukan walaupun kedua-dua pihak telah membincangkannya sejak 12 bulan lepas.

    Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pemukiman itu, kedua-dua pemimpin kini menunggu Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) mengenai Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa ke atas Batu Puteh (Pedra Branca), Middle Rocks dan South Ledge dan Jawatankuasa Penentu Sempa-dan (CBD). Ini selaras dengan Perjanjian antara Menteri Luar Singapura dan Malaysia pada 14 Mac 2019 (Mesyuarat Bersama MSJTC dan CBD Pertama) untuk menyelesaikan isu persempadanan sempadan maritim dua hala yang belum selesai. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lee Hsien Loong ketika sidang media bersama selepas Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura di Istana, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda