Saturday, March 29, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agensi akan ambil tindakan terhadap penyebar foto Jennie

    Pihak pengurusan YG Entertainment memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengedar foto peribadi Jennie Blackpink.

    Menurut laporan Koreaboo, YG Entertainment menjelaskan tindakan akan diambil terhadap individu pertama yang menyebarkan foto peribadi ahli kumpulan kpop wanita itu.

    “Kami secara rasmi telah meminta pihak polis untuk menyiasat pengedar asal foto peribadi Jennie Blackpink.

    “Pihak kami telah memantau kes ini dan menyerahkan aduan pada September lalu selepas mengumpul beberapa maklumat yang diterima,” jelas pihak pengurusan itu.

    Sebelum ini, YG Entertainment tidak memberi sebarang kenyataan bagi mengawal keadaan, namun situasi menjadi teruk sehingga melibatkan fitnah dan pelanggaran privasi.
    Pihak pengurusan juga menegaskan tindakan perkongsian foto tersebut dianggap sebagai kesalahan kedua dan tertakluk kepada hukuman undang-undang.

    “Kami benar-benar meminta awda untuk mengelakkan perkongsian foto peribadi secara melulu,” tambah mereka lagi.

    Untuk info, pengguna Twitter yang dikenali sebagai GurumiHaribo telah menyebarkan foto peribadi ahli kumpulan BTS, V bersama Jennie. – Agensi

    YG Entertainment ambil tindakan terhadap individu sebar foto peribadi Jennie Blackpink. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda