Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Agensi antipenipuan EU bongkar dana bernilai €625 juta

    BRUSSELS, 7 JUN – Dana belanjawan Kesatuan Eropah (EU) bernilai €625 juta disalahgunakan pada 2022, peningkatan sebanyak €100 juta berbanding 2021, lapor badan pemerhati penipuan terkemuka EU semalam.

    Agensi antipenipuan EU, OLAF, yang ditugaskan untuk membongkar dan mencegah aktiviti penipuan, membuka 192 siasatan baharu dan pada masa yang sama menyelesaikan 256 kes pada 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Daripada 15 kes yang diselesaikan pada 2022, Hungary mendahului senarai negara yang disiasat oleh OLAF.

    Merujuk kepada satu kes di Hungary yang melibatkan penyelewengan tapak pengurusan sisa yang dibiayai oleh EU, OLAF mengesyorkan Suruhanjaya Eropah mendapatkan semula €11 juta pembiayaan EU daripada Hungary.

    Selain memulakan penyiasatan mengenai kemungkinan penyalahgunaan kewangan dana pemulihan Covid-19 EU, OLAF juga menyiasat salah laku dalam institusi EU.

    OLAF mendapati seorang Ahli Parlimen Eropah terlibat menggaji seorang pembantu sedangkan beliau bekerja sepenuh masa di tempat lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...