Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Agensi kesihatan AS akui lemah tangani COVID

    HOUSTON, 18 OGOS – Agensi kesihatan terkemuka Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perancangan untuk membaik pulih sepenuhnya struktur dan operasinya berikutan kesilapan besar dalam mengendalikan respons pandemik COVID-19.

    “Sejujurnya, kami bertanggungjawab untuk beberapa kesilapan awam yang agak dramatik, bermula dengan pengendalian ujian, kepada pengumpulan data, hinggalah komunikasi,” lapor agensi Anadolu memetik Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Rochelle Walensky dalam satu kenyataan.

    “Selama 75 tahun penubuhannya, CDC dan kesihatan awam telah bersedia untuk COVID, dan pada saat penting itu, prestasi kami tidak memenuhi harapan orang ramai,” katanya. “Saya mahu kita semua melakukan yang lebih baik, dan ia bermula dengan CDC sebagai penerajunya.”

    Jumlah kematian akibat wabak itu di AS mencecah lebih satu juta orang sejak Mac 2020.

    Semasa peringkat akhir wabak itu, agensi tersebut menghadapi kritikan kerana mengalih atau mengelirukan panduan mengenai pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan menetapkan tempoh pengasingan untuk orang yang diuji positif. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...