Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agensi pelancongan China hantar rombongan ke Korea Utara

    BEIJING, 18 FEB – Sebuah agensi pelancongan China berkata kelmarin ia akan menghantar delegasi pelancongan ke Korea Utara minggu depan, yang merupakan kunjungan pertama seumpama itu dalam tempoh lima tahun.

    Korea Utara menutup sempadannya pada awal 2020 untuk mengekang penularan COVID-19 dan kemudian meningkatkan pertahanan di sepanjang sempadan utaranya dengan China untuk menghalang warganya daripada memasuki semula negara secara haram semasa wabak itu.

    Pyongyang sejak itu telah membuka semula sempadan kepada beberapa delegasi rasmi dan perdagangan termasuk membenarkan pelancong Rusia memasuki negara itu tahun lalu buat kali pertama sejak pandemik COVID-19.

    China ialah sekutu utama dan sumber sokongan ekonomi bagi kerajaan Korea Utara secara diplomatik dan menerima sekatan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Beberapa pengendali pelancongan Barat berkata bulan lalu mereka telah dimaklumkan bahawa pelancong asing akan dibenarkan melawat bandar sempadan Korea Utara, Rason.

    Agensi pelancongan, Zhixing Heyi, yang berpangkalan di Beijing berkata kelmarin ia telah menerima kelulusan khas daripada Korea Utara untuk mengadakan perjalanan bagi warga China ke Rason pada 24 Februari. – AFP

    Gambar bertarikh pada 21 Mac 2022 menunjukkan agensi pelancongan di sebuah pusat beli-belah di Hong Kong. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda