Saturday, September 23, 2023
24.8 C
Brunei

    -

    Agensi, sukarelawan Full STEAM ahead dirai

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 15 SEPT – Sempena berakhirnya program Full STEAM Ahead anjuran Makmal Tenaga Seria (SEL) dari Ogos hingga September tahun ini, SEL meraikan kejayaan tersebut dengan Majlis Makan Tengah Hari Penghargaan yang diadakan di galeri pusat hari ini.

    Hadir ialah wakil daripada pelbagai syarikat dan agensi serta sukarelawan pelajar yang telah menghulurkan bantuan mereka sepanjang aktiviti Full STEAM, yang menawarkan pelbagai pengalaman menarik bertujuan memupuk kreativiti, pembangunan peribadi dan pengayaan pendidikan; daripada pertunjukan Aquashow kepada ceramah khas oleh syarikat dan agensi yang terlibat.

    Syarikat dan agensi terbabit termasuk Rosnah Yusof and Sons Entertainment, Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Universiti Brunei Darussalam, Pusat Promosi Kesihatan, Reefcheck Brunei, Bleed Safely, Rumine Corporation dan Datastream Digital Sdn Bhd (DST).

    Ketua SEL, Dr Nur Karnina Karim dalam ucapan pembukaannya merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak pusat atas sokongan yang diterima dalam acara yang diadakan sepanjang cuti sekolah.

    “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan pelajar, yang telah mengambil bahagian dan membantu kami melaksanakan program Full STEAM Ahead sementara juga memperoleh pemahaman dan penghargaan yang lebih baik tentang sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik,” tambahnya.

    Seterusnya majlis menyaksikan Ketua SEL menyampaikan sijil kepada wakil dan sukarelawan yang hadir sebelum berakhir dengan jamuan tengah hari.

    Dr Nur Karnina Karim menyampaikan sijil kepada salah seorang wakil pada majlis yang berlangsung di galeri pusat SEL kelmarin. – Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Daniel Lim

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...