SYDNEY, 31 Jan – Pihak berkuasa yang menyelia sistem sungai terbesar Australia hari ini dituduh ‘salah tadbir’ ‘terlalu melampau’ dan tidak mengendahkan sains iklim, ketika laluan airnya ditutupi beratus-ratus ribu ikan mati.
Laporan Suruhanjaya Diraja kepada Pihak Berkuasa Lembangan Murray-Darling yang berbetulan dengan siri-siri kejadian ikan mati dengan banyaknya, mengkritik pedas dalam penilaiannya, menuduh badan itu menyalahi undang-undang.
Lembangan Murray-Darling adalah rangkaian sungai sepanjang sejuta kilometer persegi, kira-kira dua kali ganda saiz Sepanyol.
Ia menjejaskan mata pencarian berjuta-juta penduduk, namun ia terlalu dieksploitasi selama bertahun-tahun dan berkurangan teruk akibat kemarau.
Inkues Selatan Australia mengatakan pihak berkuasa bertindak tidak mengikut undang-undang dalam menetapkan paras air sementara ia ‘sepenuhnya tidak mengendahkan’ ramalan perubahan iklim. -AFP