Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agih bubur lambuk sempena 10 Muharam

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Sebagai amalan setiap 10 Muharam, Sekolah Rendah (SR) Orang Kaya Besar Imas Subok mengadakan pemberian sedekah bubur lambuk kepada semua warga sekolah yang diadakan di sekolah berkenaan, hari ini.

    Pemberian sedekah bubur lambuk kepada murid dan warga sekolah berkenaan merupakan pemberian sedekah serta amal jariah daripada guru besar dan guru-guru tenaga pengajar sekolah berkenaan.

    Pengagihan bubur berkenaan telah disempurnakan oleh Guru Besar SR Orang Kaya Besar Imas Subok, Hajah Masriatol Nazahiyah binti Haji Mohammad.

    Hajah Masriatol Nazahiyah mengagihkan bubur lambuk kepada murid-murid SR Orang Kaya Besar Imas Subok, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN SR OKBI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda