Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aglio olio enak dan mudah disediakan

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Spageti aglio olio adalah hidangan pasta Itali yang mudah dan klasik, terkenal dengan rasa yang kaya dan bahan-bahan yang minimalis.

    Nama hidangan ini berasal daripada perkataan Itali aglio yang bermaksud bawang putih dan olio yang bermaksud minyak.

    Hidangan ini biasanya terdiri daripada spaghetti yang dimasak dengan bawang putih yang dihiris halus dan ditumis dalam minyak zaitun. Kadang-kadang, cili padi atau serbuk cili ditambah untuk memberikan sedikit rasa pedas. Hidangan ini sering disajikan bersama keju Parmesan yang diparut dan daun parsli segar sebagai hiasan.

    Keistimewaan Spageti Aglio Olio adalah kesederhanaan dan keaslian rasanya yang membuatnya popular dalam kalangan pencinta pasta di seluruh dunia.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Spageti Aglio Oglio adalah seperti 500 gram spageti (satu paket), ½ mangkuk kecil minyak zaitun, lima ulas bawang putih yang dicincang halus, ½ biji bawang besar Holland yang dipotong seperti dadu kecil, dua sudu besar emping cili, ½ sudu besar serbuk lada hitam, satu ketul kiub ayam, satu mangkuk besar udang yang dibuang kulitnya, empat ekor sotong yang dibuang lapisan kulit, lada benggala hijau dan merah, tomato kecil (potong dua jika suka) dan daun ketumbar atau daun parsli yang dihiris nipis.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    CARA PENYEDIAN

    Cara penyediannya pula, mula-mula rebus spageti dan toskan, selepas itu panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu, masukkan emping cili dan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan udang dan sotong.

    Selepas itu masukkan pula spageti diikuti lada benggala dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spageti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spageti.

    Setelah itu perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

    Memandangkan kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan, angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsli semasa menghidang dan ia pun sedia untuk dimakan.

    Sebagai tip tambahan pula. Tip untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih.

    Masukkan garam dan spageti kering. Kemudian tunggu sehingga bahagian bawah sedikit lembut dan kemudian tekan supaya semua spageti tenggelam sepenuhnya.

    Rebus sehingga spageti mencapai tahap ‘al dente’ atau masih sedikit keras.

    Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul hingga sebati supaya spageti tidak melekat bila sejuk nanti. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    • 500 gram spaghetti (1 paket)
    • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
    • 5 ulas bawang putih, cincang halus
    • 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
    • 2 sudu besar cili emping (flakes)
    • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 ketul kiub ayam
    • 1 mangkuk besar udang, buang kulit
    • 4 ekor sotong, buang lapisan kulit
    • Lada benggala hijau
    • Lada benggala merah
    • tomato kecil, potong dua jika suka
    • daun ketumbar atau daun parsli, hiris nipis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda