Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    AGM kongsi perancangan masa depan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan PPPMB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB) pada baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) bertempat di salah sebuah hotel di Kampung Jerudong.

    Mesyuarat tahunan tersebut diadakan adalah untuk mengongsikan semua aktiviti dan acara yang telah dijalankan sepanjang tahun serta acara-acara akan datang termasuklah bagi mengumumkan ahli jawatankuasa baharu.

    Seramai 47 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut dan ia dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan disusuli dengan ucapan oleh Presiden PPPMB, Dr Haji Abdul Latif bin Haji Chuchu.

    Dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang perlunya belia PPPMB bergerak maju supaya tidak ketinggalan arus dengan kemajuan perniagaan. Beliau juga merayu supaya ahli-ahli PPPMB memantapkan diri dengan bidang perniagaan dan memanfaatkan kemudahan digital.

    Agenda mesyuarat berkenaan termasuklah ucapan ringkas daripada Timbalan Pengerusi Tetap, Haji Mohd Zulkifli bin Pehin Penyurat Haji Mohd Salleh yang antara lain mengingatkan semua tentang kepentingan menghadiri mesyuarat semasa ini untuk mengikuti semua aktiviti dalam persekutuan.

    Ucapan disusuli dengan laporan daripada Setiausaha Agung, Awang Maidon bin Haji Abu Bakar yang memperincikan semua acara kemudian laporan kewangan tahunan oleh Bendahari, Mejar (B) Haji Lamat bin Haji Libut.

    Gambar ramai ahli-ahli PPPMB di salah sebuah hotel di Kampung Jerudong.
    Suasana ketika AGM sedang berlangsung.
    Dr Haji Abdul Latif semasa memberikan ucapannya selaku Presiden PPPMB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...