Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agnes Monica sertai syarikat rakaman antarabangsa

    PENYANYI berasal dari Indonesia Agnes Monica dilaporkan baharu sahaja menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman 300 Entertainment.

    Syarikat rakaman tersebut dinaungi beberapa artis popular antarabangsa antaranya Brooklyn Queen, Fetty Wap, Meg, Mac, T Wayne dan Young Thug.

    Perkara itu diumumkan sendiri di laman web rasmi pengurusan tersebut baru-baru ini.

    “Kami terus membina kerjaya artis antarabangsa, kami percaya ada bakat terpendam di seluruh dunia, Agnez merangkumi etika 300 Entertainment.

    Agnes Monica kini merupakan salah seorang artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman 300 Entertainment.

    Saya berbangga memiliki Agnes dan pasukan sebagai rakan kongsi,” kata pengasasnya CEO Kevin Liles.

    Sementara itu, Agnes berkata, dia gembira dapat bekerjasama dengan syarikat rakaman terkenal itu.

    Dia yakin syarikat itu dapat memberi pembaharuan dan kemajuaan dalam kerjaya seninya di peringkat lebih tinggi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda