Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agong, Permaisuri akan ke istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II

    PUTRAJAYA, 14 SEPT – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada Isnin.

    Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah kepada pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Luar, di sini hari ini.

    Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 Sept. Jasad baginda akan dimakamkan bersebelahan makam suaminya, mendiang Putera Philip. – Bernama

    Keranda Ratu Elizabeth ketika perarakan dari Istana Buckingham ke Istana Westminster, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda