Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agong, Permasuri doa Malaysia pulih daripada COVID-19

    KUALA LUMPUR, 31 DIS – Menzahirkan harapan tahun baharu 2021 akan lebih baik, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap vaksin COVID-19 yang bakal diterima kelak akan melandaikan keluk pandemik, sekali gus memutuskan transmisi koronavirus di Malaysia.

    Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan harapan agar rakyat terus cekal dan sabar mengharungi pelbagai ujian ekoran wabak COVID-19 serta berdoa supaya musibah yang melanda pulih.

    Penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia dan negara sejak awal tahun ini telah memaksa rakyat menjalani kehidupan harian di luar kebiasaan dalam pelbagai aspek malah mengancam keselamatan diri dan menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara serta sosioekonomi rakyat.

    “Seri Paduka Baginda berdua turut mengambil kesempatan ini menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Malaysia sentiasa dirahmati nikmat keamanan dan perpaduan meskipun sepanjang  2020, negara yang kita cintai bersama ini dilanda pelbagai ujian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini. – Bernama

    – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda