Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul

    PUTRAJAYA, 16 SEPT – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

    Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 9:32 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda akan menyampaikan Titah Diraja diikuti dengan penyampaian Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan. Bertemakan Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI, majlis itu dihadiri kira-kira 6,000 tetamu.

    Tema sambutan Maulidur Rasul kali ini adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW serta sangat signifikan bagi memacu umat Islam di negara ini ke arah kejayaan hakiki di dunia dan akhirat. – Bernama

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda