Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agong, Raja Permaisuri, PM Anwar zahir ucapan ulang tahun Hari Keputeraan

    KUALA LUMPUR, 15 JULAI – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga Allah SWT merahmati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda.

    Selain itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut merafak sembah tahniah kepada Baginda Sultan yang menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-78 hari ini.

    “Mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam,” katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, yang turut disertakan dengan sekeping gambar bersama Baginda Sultan. Menerusi hantaran sama juga Anwar menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.

    Negara Brunei Darussalam hari ini meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78. – Bernama

    Fail bertarikh 10 April menunjukkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dan juga Anwar di Istana Negara. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda