Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    Agong titah parti-parti politik kemuka gabungan dipersetujui, calon PM sebelum 2 petang

    KUALA LUMPUR, 20 NOV – Yang di-Pertuan Agong Malaysia menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, esok.

    Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima maklum bahawa pada PRU15 semalam, tiada gabungan parti politik yang berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen.

    Sehubungan itu, Istana Negara telah memohon kerjasama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk meminta semua ketua parti dan gabungan parti politik terlibat mengemukakan cadangan gabungan parti-parti politik yang telah dipersetujui dan calon perdana menteri mereka kepada Istana Negara.

    “Selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, adalah dimaklumkan juga bahawa titah perkenan dan keputusan Seri Paduka Baginda berkenaan pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri menerusi proses yang telah dijelaskan adalah muktamad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pada 1:15 tengah hari tadi, Seri Paduka berkenan menerima menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang mengemukakan dokumen keputusan rasmi PRU15 di Istana Negara. – Bernama

    Yang di-Pertuan Agong Malaysia menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada PRU15, memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, hari ini.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...