Wednesday, November 27, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agong zahir ucapan Selamat Hari Sarawak

    KUALA LUMPUR, 22 JULAI – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat negeri itu, yang meraikannya hari ini.

    Ucapan itu dibuat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim hari ini.

    Sambutan Hari Sarawak diadakan pada setiap 22 Julai sejak 2016.

    Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat di negeri itu.

    Menerusi catatan di Facebook beliau, Anwar berkata Sarawak kini menjadi antara negeri yang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara.

    “Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memberi dukungan agar kita dapat secara bersama memungkinkan kesejahteraan buat seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

    Perdana Menteri berkata Sarawak ialah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan rencam suku kaum dan menjadi faktor pengikat yang menjamin kesatuan, perpaduan dan kasih sayang. – Bernama

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika berangkat balik selepas menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada 20 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda