Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aguero ‘bangga’ tinggalkan City

    PARIS, 30 MAC – Penyerang Argentina, Sergio Aguero berkata kelmarin bahawa dia ‘berbangga’ mengenai masanya di Manchester City selepas mengumumkan dia bakal meninggalkan kelab apabila kontrak semasanya tamat pada Julai nanti.

    Aguero menyertai City dari Atletico Madrid pada 2011 dan menjaringkan 257 gol dalam 384 perlawanan, menjadikan dia sebagai penjaring terbanyak kelab.

    Dia menjaringkan gol kemenangan dramatik selepas pasukan menewaskan seteru tempatan, Manchester United untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2012.

    “Apabila kitaran berada pada penghujungnya, banyak perkara sensasi ditimbulkan,” kata Aguero dalam media sosial.

    “Kepuasan dan perasaan bangga akan kekal bersama saya kerana bermain dengan Manchester City selama keseluruhan 10 musim – sesuatu yang jarang berlaku untuk pemain profesional pada hari ini.

    Aksi penyerang City, Sergio Aguero semasa bermain mementang Gladbach beberapa hari lalu. Aguero bakal meninggalkan City selepas 10 tahun bersama kelab.- AP

    Dalam kenyataan kelab, pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak berkata dia tidak akan memberikan kata-kata ucapan perpisahan sehingga Aguero meninggalkan kelab, tetapi mendedahkan dia telah menempah sebuah tugu untuk penyerang itu.

    “Sumbangan Aguero kepada Manchester City selama lebih 10 tahun tidak mampu diperkatakan,” kata Al Mubarak.

    “Ini masih belum saatnya untuk kata-kata perpisahan dan ucapan. Masih ada sesuatu yang hendak dicapai,” katanya mengenai City memenangi Liga Juara-Juara pertama dan pasukan pilihan utama untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.

    “Pada masa ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami akan menempah artis untuk membina tugu Sergio di Stadium Etihad,” tambahnya.

    Akhbar Manchester, Evening News berjata City merancang parti perpisahan untuk Aguero selepas perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris musim ini menentang Everton pada 23 Mei.

    Pemain berusia 32 tahun itu dijangkiti COVID-19 pada Januari lalu selepas semusim dilanda masalah kecederaan dan hanya membuat 14 penampilan untuk City pada musim ini, menjaringkan tiga gol. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda