Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aguero gegarkan Etihad

    MANCHESTER, 22 Feb – Sergio Aguero bermain dengan hebat ketika Manchester City menewaskan Monaco dengan jaringan 5-3 dalam pertembungan menarik bagi perlawanan pertama 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di Etihad.

    Raheem Sterling memberikan City pendahuluan, hanya kemudian Radamel Falcao menyamakan kedudukan dan Kylian Mbappe menjadikan jaringan 2-1 bagi Monaco. Ketika perlawanan hampir memasuki satu jam, Aguero berjaya menyamakan kedudukan buat City.

    Namun ia hanya bertahan selama tiga minit apabila Falcao memperoleh jaringan keduanya bagi memberikan Monaco pendahuluan sekali lagi.

    Tetapi City menemui sasaran sebanyak tiga kali dalam 19 minit terakhir, melalui jaringan kedua Aguero, John Stone dan Leroy Sane, bagi memberikan skuad Pep Guardiola kelebihan dua gol menjelang pertemuan kedua nanti di Perancis. Pada mulanya kelihatannya malam tersebut bakal menjadi satu lagi malam buruk buat City, yang mencapai peringkat separuh akhir musim lepas, dengan beberapa kesilapan di bahagian pertahanan yang membolehkan Monaco mengawal perlawanan.

    Penyerang Manchester City, Sergio Aguero (kanan) ketika menjaringkan gol ketiga City menentang Monaco dalam aksi Liga Juara-Juara di Etihad. – AFP
    Penyerang Manchester City, Sergio Aguero (kanan) ketika menjaringkan gol ketiga City menentang Monaco dalam aksi Liga Juara-Juara di Etihad. – AFP

    Guardiola telah mengembalikan Caballero di posisi penjaga gawang, setelah menurunkan Claudio Bravo dalam aksi Piala FA di Huddersfield minggu lepas, tetapi sepakan kurang meyakinkan penjaga gol dari Argentina itu telah mencetuskan kebimbangan kepada City.

    Ia adalah sepakan lemahnya yang telah memberikan Monaco kawalan bola sehingga hadirnya gol penyamaan yang disudahi oleh Falcao.

    Tetapi kecekalan Aguero telah membolehkan mereka bangkit kembali dalam perlawanan itu, memanfaatkan kegagalan Falcao menyudahkan sepakan penalti di awal separuh masa kedua.

    Dengan sebelum ini kehilangan tempatnya dalam pasukan kepada Gabriel Jesus, hanya mendapatkannya semula selepas pemain sensasi Brazil itu patah kaki, ia adalah kejayaan peribadi bagi Aguero, yang digantikan dengan diberikan tepukan oleh para penyokong. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda